Make your own free website on Tripod.com
       
   ProFaiL sAya......
  
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua…ehem…kali ni saya nak cerita mengenai diri saya…nama saya…sekolah kat mana…asal mana…macam-macam la…

Nama saya…mak ngan ayah saya panggil ENY…kawan-kawan saya pun panggil Eny…tapi ada jugak yang panggil Nani, Nini, Noni, Erni….ikut sedap aje la…itulah kawan-kawan saya…nama betul saya…**hubungi saya melalui emel saya…he he…**…adik-beradik saya…2 orang je…saya ngan adik lelaki saya…adik saya baru darjah enam…**buat kawan bertumbuk tu….ehehehhe…**…mak ngan ayah saya keje dua-dua…

Saya dibesarkan dan bersekolah kat Perak…kekira kampung saya kat Perak ler…sekarang ni…saya tinggal kat Bandar Baru Bangi…dah 6 tahun dah sebab ayah saya keje kat sini…hmm…Perak kat ne…hehehe…kena tanya saya jugak…sehingga saya habis SPM…lepas SPM…sementara tunggu keputusan…saya ikut kawan-kawan keje kat kilang…punya la notty…hari ni abes exam…esok dah start keje…memula tu…mak tak tau…ayah je tau…dah seminggu baru kasik tau…apalagi…kena ceramah ler…eheheh…bukan aper…mak takut nanti dah syok banyak duit…tanak sambung belajar lagi…ayah pulak bagi can…dia kata…”biarkan…biar dia rasa camne keje kat kilang tu…”…ehehehehehe…ayah…ayah memang best la…he he…

Sempat la keje kilang kat 5 bulan kot…pehhh….penat tu…tapi seronok gak…sebab kawan-kawan la…keluar je result SPM…terus cabut…he he…keputusan…alhamdulillah…masa tu teringin sangat nak masuk Politeknik…sebab minat ngan engineering…banyak gak tempat cuba apply…ITM, Politeknik, Maktab Perguruan, Jururawat…tapi pilihan utama nak masuk Politeknik ler…kenapa yek???ehehe…percubaan kali ketiga baru la dapat…sebelum tu ITM dah panggil interview…secretary course lak tu…ishh…tanak ler…tak minat langsung…dua kali lak tu panggil…course yang sama…jururawat pun dapat gak…jadik MISI..tanak la…takut……………

At last…dapat gak masuk polytech…tapi course lain…Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan…alemakkk…camne nih??mintak architecture….tak pe…pegi jugak…ingatkan dapat la yang kat Ipoh tu…ni sampai utara tu…kat Jitra, Kedah…ha ha…pertama kali dalam hidup kena dok jauh dari mak ayah…padan muka..ehehe..dua tahun kat sana…dis. 94 sampai dis. 96…lepas tu keje kat KL…pelukis pelan kat M&E Consultant…sempat keje setahun je…kena lak time tahun gawat…at last sambung balik kat Polytech yang sama setahun lagi untuk Diploma lak…alhamdulillah…siap tahun 98…

Lepas tu…dok melepak kat umah…fikir nak terus sambung lagi ke…atau nak keje dulu…pas tu…dapat offer keje sementara sebagai setiausaha eksekutif kat salah satu institut kemahiran tinggi MARA…**nak tau yang mana…tanya la…he he..**…dalam pada tu…dapat tawaran untuk sambung degree kat UK…tapi atas sebab-sebab tertentu…tak nak la pegi…isk isk…lepas tu…atas galakkan ayah ngan kawan-kawan kat tempat keje…cuba la apply kat UPM…nak buat out campus(PJJ-Pengajian Jarak Jauh)…ambik course Human Resource…Alhamdulillah…diterima…masa course ni mula…keje pun selesai dah…tamat kontrak la kiranya…skang ni…sambil-sambil belajar…tengah cari keje gak ni…asyik harap duit mak ayah je…mana leh jalan cam ni…he he…

Tu kisah belajar…kehidupan seharian lak…hobi saya paling best…mengadap komputer…salah satu kegiatan…biasa la…suka chat…itu pun kawan-kawan yang ajar…ramai jugak la kawan-kawan yang dikenali menerusi chat ni…setakat ni…ok…ada yang jadi best friend pun…he he…banyak jugak belajar mengenai komputer melalui mereka-mereka ni…terfikir gak nak amik short courses pasal komputer…nantilah bila ader rezeki…

Aktiviti hujung minggu…sekarang ni…hari ahad macam biasa…ada kelas kat KYPM KL…biasanya sampai tengahari…selalunya lepas tu…keluar la jalan-jalan kat KL dengan kawan-kawan…selalunya pegi makan…lepas tu gi tengok wayang…eheh…walaupun VCD bersepah-sepah kat pasar malam…tapi mesti nak gi tengok jugak kat panggung wayang…skrin besar…sound system best…puas hati dengan apa yang kita bayar…itu aje la aktiviti hujung minggu…kalau tak de kelas…dok kat umah je la…

Buat masa ni…tengah berusaha untuk menghabiskan pengajian…sebab ini harapan mak ayah…nak tengok anak dia dapat degree pulak…kawan-kawan pun bagi semangat…insyaallah….ada rezeki…berkat usaha dan sokongan semua…ada la nanti…

Rasanya…cukup la cerita saya ni…sedikit mengenai latar belakang saya…kalau ader kemusykilan…jangan malu-malu…segan-segan….silalah hantar emel pada saya…sure reply punyalah…kalau nak komplen homepage saya pun…silakan…nak kutuk pun tak kisah…thanks to my big brother…Zayne…yang rajin torture eny soh baca buku…buat assignment…he he…to Zaman…tengkiyu tengkiyu…to Aris Azmil yang drive dari penang datang sini…ayoooo….letih tu…to Lina…rajin call…kepada kawan-kawan Eny yang tak dapat la nak sebut nama korang**ramai sangat…**…mekaseh banyak-banyak…tak lupa kepada kawan-kawan sekelas, semua tutor dan pensyarah…thanks a lot…sokongan kalian menjadi dorongan kepada Eny………………………………………..

- laman ini mengandungi tatabahasa yang digunakan di dalam bilik-bilik sembang (chat room) dan ia digunakan sekadar untuk menceriakan jalan cerita.

adooOOooii sakit idung akuuu!!

Kembali ke laman utama      Gambar 1      Gambar2        chynndye@hotmail.com