Kisah benar berlaku di Bukit Putus, Negeri Sembilan.
   

        Al kisah tersebut, cerita ni diceritakan bukan nak takutkan orang yang lalu kat kawasan ni…cuma nak ingatkan…jangan lalu kat kawasan ni lewat malam…dah tu sorang sorang…kalau dah kena…baru tau nak nyesal macam kawan kita sorang ni…kawan kita punya kawan ni ada la sebijik motor kapcai...itu aje yang dia mampu pada masa tu…

Dalam perjalanan pulang dari Seremban ke Kuala Pilah, sudah menjadi kelaziman bagi orang K.Pilah utk melalui Bukit Putus yg tidak terkira bengkang bengkoknya,  saban hari jika berulang alik ke Seremban, di penghujung Bukit Putus itu  pula  adalah sebuah tempat peranginan air terjun yang dinamakan Hutan Rekreasi Ulu Bendul yg sering menarik perhatian pelancong dlm mahupun luar  negeri...kalau weekend ramai la pengunjung…tapi bila lewat petang..sume dah beredar…

Nak dijadikan cerita… pada satu malam, ketika kawan kita punya kawan terpaksa pulang lewat dari ofisnya di Seremban, beliau terpaksa melalui perkarangan Bukit Putus itu keseorangan. Jam di tangan dah menunjukkan pukul  11.45  malam…

Biasanya dengan sebuah motor kapcai, ia mengambil masa lebih kurang 20-30 minit utk melepasi Bukit Putus itu. Tiba-tiba di tengah2 perjalanan, beliau  ditahan oleh seorang lelaki tua...

Fikirannya mula melayang memikirkan kisah yang bukan2, tambah lagi bila semakin hampir, dia melihat org. tua itu berpakaian putih tetapi lusuh dan amat kotor...

Kawan kita punya kawan pada mulanya tidak mahu memberhentikan motornya……..tetapi bila tiba sahaja di hadapan org tua itu, enjin motornya tiba tiba je mati....gelebah dibuatnyer…tak tau la nak cakap…gila wo…tetiba lak boleh mati enjin…tak ke pelik tu…

"Ah sudah...." detik hati kecilnya...
"Nak.... buleh pacik tumpang....?" tanya org tua itu dgn nada perlahan...

Kawan kita punya kawan pun tiada pilihan lain melainkan  utk menumpangkan org. tua tu...

Org tua itupun naik la belakang motornya dan kawan kita punya kawan tak cakap banyak dah…terus je memacu motornya ke hadapan tanpa banyak  soal...hati jangan cakap la…kalau boleh menjerit…memang menjerit dah…tapi apa nak kata…jerit pun saper la yang dengar….

Bila hampir saja sampai ke penghujung bukit putus tu, org tua tu  pun bersuara... "Nak... berhentikan pakcik di sini kejap..."

Kawan kita punya kawan hampir2 terkejut dibuatnya kerana pakcik itu tiba2 aje bersuara.... Dia pun memberhentikan motornya …pas tu cam tadi, dia tak banyak soal sebab dia masih ingat lagi pesan  rakan2nya, kalau  terjumpa benda pelik pelik... jangan la bertanya!!!!Biasa la kan…orang tetua pun pesan…jangan ditegur benda pelik pelik ni…

Pakcik itu pun melangkah masuk menuju ke hutan yang mengalir di dalamnya sebatang sungai...Kawan kita punya kawan terpaku berdiri melihat sekeliling sambil membacakan beberapa surah lazim yg masih dihafalnya...memula tu…bersepah gak…tapi cuba baca dgn tenang…

"Kalau tak silap, ni dah sampai  Ulu Bendul nih...!" detik hati kecilnya sambil bersyukur kerana dia sudah melepasi kawasan Bukit Putus yg terkenal dengan kekerasannya...

"Baik aku blah dulu sebelum apa2 terjadi...!" Bisiknya lagi... Belum sempat dia nak start enjin motor tu, orang tua tadi muncul di belakangnya...!
  
"Anak  nak ke mana tergesa2 nih?" tanya org tua itu... "Opocot!" jerit kawan kita punya kawan dalam hati.... dia pun menoleh ke belakang....
  
Alangkah terkejutnya dia bila melihat pakaian pakcik yg kotor tadi tu dah bertukar menjadi bersih, putih... Dia sudah mula panik...

Lebih memanikkan lagi…bila bau wangi mula menerjah ke lubang hidungnya... "Ah, sudah...pehal lak ni!" detik hati panik nya....Dalam keadaan yg mula kelam kalibut itu, tepacul pula soalan dari mulutnya...

Ntah macam mana terkeluar pulak soalan dari dirinya yg penakut  itu.... mungkin nak hilangkan panik kot.... Dia bertanya "Apa pakcik buat  tadi  pakcik...? sampai pakaian pakcik buleh jadi putih pulak ni  pakcik...?"

Pakcik itu mendiamkan diri buat seketika.... dan kemudiannya dia tersenyum.... Senyumannya semakin lebar hingga menampakkan barisan giginya yang jarang.... Kawan kita punya kawan semakin pucat...

Tiba2 pakcik itu ketawa.... seraya berkata...

````

````

````

````

````

````

````

```` "Itulah kuasa FAB buku biru !"

   

    Kembali ke laman utama        Web Kegemaran         chynndye@hotmail.com